Masuk ke blog ini anda pasti nampak rak buku di header blog ini.
Klik ke atas buku yang anda mahu baca dan buku tersebut akan terbuka di dalam skrin anda seolah-olah anda sedang membaca buku itu di atas meja.
Cuba selak buku itu dengan menekan ke atas anak panah. Siap ada bunyi lagi!
Rak Buku Penuh saya masih kosong lagi, tetapi jika anda mahu lihat, klik "Rak Buku Penuh" di menu utama.
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Friday, June 8, 2012
Monday, April 16, 2012
Book Signing - MPH Subang Parade 21 April, 2-4pm
Saya ingin menjemput semua kawan-kawan untk menghadiri "book-signing" saya di MPH Subang Parade pada 21 April 2012, 2-4 petang sempena World Book Day. Terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam bidang penulisan selama ini.
Sunday, April 8, 2012
K-4 : Kapsul Ungu Kini di Kedai Buku MPH
Novel K-4: Kapsul Ungu sudahpun berada di kedai buku MPH di seluruh Malaysia.
Kini novel ini boleh dibeli secara online di : http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789671065709
Ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya sehingga ke tahap ini.
Berikut disiarkan sedikit kandungan novel ini untuk tatapan pembaca.
Bab
5
8
bulan kemudian...
“K
|
apsul Ungu,
tugas terbaru!” Rafael menyerahkan sebuah sampul surat berwarna coklat kepada
Badrul. Badrul agak terkejut dengan sapaan Rafael pagi itu. Jarang Rafael terus
bercerita mengenai tugas terbaru KH Intelligence, selalunya dia akan berbincang
dahulu bersama Randi.
“Kapsul
Ungu?” Badrul mengambil sampul surat tersebut sambil menghirup air teh yang
masih suam-suam panas. Dia membuka sampul surat itu dengan perlahan dan
menyusun beberapa buah gambar di atas meja. Terdapat gambar seorang gadis
berambut ikal dan seorang lelaki berumur. Kedua-duanya memakai baju makmal
berwarna putih.
“Kalau
tugasan membunuh, saya tak mahu lakukan.” Dengan bersahaja, Badrul menolak
gambar-gambar itu kepada Rafael semula.
“Engkau
adalah yang terbaik dalam KH Intelligence. Aku mahu melatih engkau menjadi yang
terbaik di sini. Engkau ada potensi yang besar untuk menjadi ketua kumpulan
K-4.” Rafael cuba meyakinkan Badrul.
Rafael
terus sahaja memberitahu beberapa fakta kes tanpa menghiraukan perasaan Badrul.
Tugasan kali ini dibayar oleh seorang pelanggan bernama Mr. M. Dia mahu sejumlah
kapsul berwarna ungu diambil dari tempat persembunyian dan diserahkan kepada Mr.
M dalam masa tiga hingga enam minggu. Cuma masalah yang paling besar ialah Mr.
M tidak tahu di mana kapsul-kapsul itu disembunyikan.
“Habis
tu? Bagaimana nak ambil benda yang kita tak tahu tempatnya?” Badrul
menggeleng-geleng.
“Bard,
kalau Mr. M tahu di mana tempatnya, dia tak perlukan kita. Dia boleh ambil
sendiri,” Rafael menjawab.
“Baiklah,
kalau begitu, apa maklumat yang kita ada mengenai Kapsul Ungu?” tanya Badrul.
Menurut
Rafael, satu kajian bernama ‘Kapsul Ungu’ telah dimulakan oleh satu syarikat
farmaseutikal bernama Lombard Lab beberapa tahun lalu. Ia diketuai oleh seorang
pakar Biomedikal bernama Dr. Asri.
“Malangnya,
kajian ini telah dihentikan dan sampel terakhir kapsul ini ada bersama Dr.
Asri.” Rafael mengambil gambar yang ditunjukkan kepada Badrul tadi dan menuding
ke arah lelaki berumur yang memakai baju makmal berwarna putih.
“Jadi,
kita hanya perlu cari Dr. Asri dan dapatkan kapsul itu?” tanya Badrul.
“Tidak
semudah itu, Bard. Dr. Asri telah hilang hampir sebulan lalu selepas menghadiri
satu perbincangan yang diuruskan oleh Lombard Lab di Sweden.” Kata-kata Rafael
terhenti seketika.
“Jadi,
itulah masalahnya, Dr. Asri telah hilang. Siapa lagi yang mungkin ada menyimpan
sampel itu?” tanya Badrul.
“Maklumat
itu tidak ada buat masa sekarang. Tapi kita boleh mulakan dengan Julia,” Rafael
membalas sambil mengambil gambar gadis yang memakai baju makmal berwarna putih.
“Siapa
pula Julia?” Badrul bertanya.
“Julia
adalah pembantu kepada Dr. Asri. Dia masih lagi bekerja di Lombard Lab. Hanya
Julia dan Dr. Asri yang membuat kajian mengenai Kapsul Ungu. Mungkin dia tahu
mengenai lokasi sampel Kapsul Ungu dan mungkin dia juga boleh membina semula
Kapsul Ungu,” Rafael menjawab.
“Berapa bayarannya?” Badrul bertanya.
“500
ribu dolar Amerika,” Rafael membisikkan dengan perlahan angka yang dipersetujui
oleh Mr. M.
Badrul
ketawa kecil. Matanya mula bersinar kembali.
Mereka
mula meneliti semua bahan yang dihantar oleh Mr. M. Dengan bayaran 500 ribu dolar
Amerika, tugas ini nampak mudah. Badrul melihat gambar Julia dengan teliti.
Mukanya bujur sirih dan pandangan matanya redup. Sekali imbas Julia menyerupai
Natasha, gadis yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu!
Badrul
meneliti semua maklumat mengenai Julia; rumah, nombor telefon, tempat kerja,
makanan kegemaran, hobi dan semuanya. Sebagai bekas pembantu Dr. Asri,
setidak-tidaknya Julia pasti tahu serba sedikit tentang Kapsul Ungu dan
kebiasaan-kebiasaan Dr. Asri. Julia mungkin adalah satu-satunya kunci kepada
tugasan terbarunya itu.
Badrul
mula berfikir apakah cara terbaik untuk mengenali Julia.
“Bincangkan
strategi dengan Benji dan Rajan. Esok kita bincang perancangan dengan lebih
teliti,” Rafael memberi pesanan.
Thursday, January 26, 2012
Crunch Point, Brian Tracy
Inilah buku yang saya baca minggu ini, Crunch Point karya
Brian Tracy.
“Crunch point” adalah titik kritikal di mana sesuatu yang drastik
harus berlaku untuk menyelamatkan keadaan anda. Mungkin perniagaan anda akan jatuh teruk jika anda tidak berbuat sesuatu. Mungkin juga perhubungan anda
dengan orang tersayang berada dalam situasi seperti telur di hujung tanduk.
Mula-mula sekali, seperti mana yang selalu dibincangkan
dalam pelbagai buku, sebelum anda menangani isu seperti ini ada harus mampu menangani
diri anda sendiri. Jika anda tidak boleh menangani diri anda sendiri, tidak
mungkin situasi anda boleh ditangani.
Terdapat 21 perkara yang patut anda lakukan jika anda
berada dalam situasi “crunch point” :
- Stay Calm - Tenangkan diri anda
- Be Confident In Your Abilities - Yakin dengan keupayaan anda
- Dare To Go Forward - Beranikan diri untuk maju ke hadapan
- Get The Facts - Kumpul semua fakta
- Take Control - Ambil kawalan
- Cut Your Losses - Kurangkan kerugian
- Manage The Crisis - Kawal krisis
- Communicate Constantly - Sentiasa berkomunikasi
- Identify Your Constraints - Kenali ketidakmampuan anda
- Unleash Your Creativity - Keluarkan kreativiti anda
- Focus On Key Result Areas - Fokus kepada hasil penting yang anda mahukan
- Concentrate On Priorities - Fokus kepada perkara utama
- Counterattack! - Lawan!
- Generate Cash Flow - Dapatkan aliran tunai
- Care For your Customers - Jaga pelanggan anda
- Close More Sales - Buat lebih banyak jualan
- Keep Things Simple - Mudahkan semua perkara
- Conserve Your Energy - Simpan tenaga anda
- Make Your Connection -Kenal lebih ramai bakal pelanggan
Thursday, October 20, 2011
Antologi Cerpen "Tentang Cinta"
Dapatkan Antologi Cerpen "Tentang Cinta " karya saya dan 8 orang lagi rakan penulis saya, terbitan ACE. Sedikit kandungan cerpen saya disiarkan di bawah. Hubungi saya melalui email untuk tempahan dengan harga RM15 untuk 300 naskah pertama.
Rasa Hati
“S
|
ELAMAT malam, Julia. Esok jumpa lagi!” satu suara yang biasa didengari oleh Julia menegurnya sebaik-baik sahaja dia melalui pintu utama bangunan Lombard Lab untuk keluar dan pulang ke rumah.
“Selamat malam, David!” Julia membalas dengan senyuman sambil melambaikan tangan kepada rakan sekerjanya itu.
Julia mengerling ke arah jam tangannya untuk melihat waktu. Hari sudah agak lewat, sudah melepasi pukul 11.00 malam. Julia tidak sedar hari sudah agak lewat kerana dia betul-betul mahu menghabiskan kajiannya malam itu. Julia memerhati sekeliling dan terus berjalan kaki untuk pulang ke rumah.
Buk! Sebiji bola tenis mengenai bahagian kiri badannya secara tiba-tiba. Julia hampir menjerit kerana terkejut. Dari arah kiri, Julia dapat melihat dengan jelas beberapa orang remaja berkulit sawo matang sedang mengacah seorang lelaki yang sedang memegang sebatang raket tenis. Tiga orang remaja seolah-olah mahu membelasah lelaki tersebut dan membaling semua bola tenis yang ada bersamanya ke arah jalan raya.
Tanpa berfikir panjang, Julia terus berlari ke arah selekoh jalan di hadapannya. Dia tidak mahu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang mungkin akan membahayakan dirinya. Jarak rumah yang didudukinya sekarang hanya 10 minit berjalan kaki ke tempat kerjanya tetapi hampir setiap malam dia akan terserempak dengan kutu rayau atau samseng jalanan yang seolah-olah sudah mendiami kawasan itu.
Entah kenapa hatinya tiba-tiba terasa berdebar-debar malam ini. Julia berlari-lari anak sedikit. Sesekali memandang ke arah belakang. Jam sudah hampir pukul 11.30 malam. Hatinya berasa tidak selesa, bagaikan ada seseorang yang mengekori setiap langkahnya. Julia mula meraba-raba ke dalam tas tangannya, mencari pepper spray yang selalu dibawanya.
Tiba-tiba lengannya ditarik ke sebuah lorong gelap. Julia menjerit ketakutan tetapi mulutnya tiba-tiba ditekup dengan sebelah tangan sambil badannya disandarkan ke dinding.
“Diam!” satu suara kasar memberi arahan sambil menekan mulutnya dengan lebih kuat. Lelaki itu dengan pantas menghunuskan sebilah pisau yang berkilat. Begitu hampir ke mata Julia. Julia menutup matanya. Seluruh badannya dirasakan kaku. Mindanya tidak mampu lagi berfikir. Air matanya mula gugur kerana ketakutan. Selama beberapa saat, Julia terasa hembusan nafas lelaki itu betul-betul di pipi kirinya.
Julia membuka matanya semula. Lelaki itu tersenyum sinis. Matanya yang bulat bersinar bagaikan memberitahu Julia kejayaannya menundukkan mangsanya malam itu.
Tiba-tiba satu hentakan mengenai kepala lelaki tersebut. Dia terus rebah ke atas jalan. Di hadapan Julia sekarang, berdiri seorang lelaki berpakaian kemas, kemeja berwarna putih, bertali leher dan memakai kot berwarna hitam. Dia masih menggenggam erat batang besi yang digunakannya untuk memukul lelaki yang yang menangkapnya tadi.
“Lari!” Lelaki berpakaian kemas itu menjerit kepada Julia sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Julia masih tercegat dalam ketakutan.
Rupa-rupanya lelaki yang menyerang Julia tadi tidak berseorangan. Dua orang lelaki lagi tiba-tiba muncul dan mula menyerang lelaki berpakaian kemas. Julia melihat dengan jelas pergelutan sengit antara mereka bertiga.
Dengan hanya menggunakan sebatang besi, dia mampu menangkis serangan-serangan yang dilakukan oleh mereka. Julia nampak lelaki berpakaian kemas itu sangat mahir menggunakan besi sepanjang satu meter di tangannya. Lagaknya pantas bagaikan seorang ninja. Kadang-kadang dia tidak perlu melihat lawannya untuk menyerang, seolah-olah dia mempunyai sepasang mata di belakang kepalanya.
Lelaki yang menyerang Julia tadi tiba-tiba sedar dan cuba membantu kawan-kawannya. Dengan satu pukulan di perutnya sahaja, dia jatuh kembali. Ketiga-tiga penjahat itu bangun, memandang antara satu sama lain dan terus lari. Julia bingkas bangun mendapatkan lelaki berpakaian kemas itu.
“Eh, awak yang tukar lampu di makmal saya hari itu, kan? Nama awak Bard, kan?” Julia bertanya dengan nada yang agak ragu-ragu.
“Betul, Cik Julia. Saya Bard.” Badrul memper-kenalkan dirinya sekali lagi kepada Julia sambil memegang hidungnya yang dirasakan sangat sakit.
“Awak luka-luka,” ujar Julia sambil memerhati Badrul secara keseluruhan. Nampak jelas darah merah pada bahagian kepala, pipi, hidung dan tangan Badrul. Julia cuba memeriksa jika ada luka yang serius. Rambut Badrul yang lembut dan halus dipotong kemas menyebabkan Julia hampir tidak mengenalinya tadi.
Sambil memeriksa kepala Badrul di bawah lampu jalan yang kelam, Julia dapat melihat parut yang agak jelas pada kulit kepalanya sepanjang satu inci. Julia cuba mengalihkan serpihan batu kerikil pada muka Badrul. Sesekali Badrul mengaduh kesakitan.
“Terima kasih, Bard! Saya terhutang budi!” Julia cuba memapah Badrul untuk berdiri memandangkan dia tidak dapat berdiri dengan baik. Mungkin kakinya cedera.
“Saya ada kotak first-aid di rumah saya. Rumah saya di hujung jalan sana.” Julia memangku lengan Badrul itu untuk berjalan.
“Tak mengapalah, Cik Julia. Saya rasa saya boleh balik ke rumah saya.” Belum sempat Badrul menghabiskan ayatnya, dia jatuh terduduk di atas jalan.
“Jangan risau. Saya adalah penuntut kedoktoran. Saya boleh rawat awak untuk sementara waktu. Lepas saya cuci luka-luka awak ni, awak boleh pulang ke rumah,” Julia cuba meyakinkan Badrul.
“Baiklah, Cik Julia. Nampaknya saya tidak ada pilihan,” jawab Badrul. Julia memapah lengan Badrul dan membantunya berjalan.
“Kalau Bard tak datang tadi, saya tak tahu apa yang akan jadi. Mungkin saya dah mati. Sejak akhir-akhir ini, saya rasa ada orang yang mengekori saya,” Julia berkata sambil menghela nafas.
“Awak tak sepatutnya tinggal di kawasan ini. Ini kawasan hitam,” jawab Badrul.
“Saya tahu. Mungkin selepas ini saya akan cari tempat tinggal yang lain. Saya pilih tempat ini sebab dekat dengan tempat kerja,” Julia membalas. Hati Julia semakin nekad. Dia mahu berpindah ke tempat lain secepat mungkin. Kawasan itu bukanlah kawasan yang selamat terutama jika dia terpaksa melalui lorong-lorong sunyi pada waktu hampir tengah malam.
“Sudah lama rasanya saya tak nampak Bard di tempat kerja. Bard masih bekerja di Lombard Lab?” Julia bertanya sambil memandang ke arah muka Badrul.
Sambungannya di dalam buku "Antologi Cerpen Tentang Cinta"
Sunday, August 28, 2011
Selamat Hari Raya!
Hari Raya Aidilfitri kembali lagi. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan seperjuangan, semua pembaca novel, mini novel dan blog saya. Tanpa sokongan anda semua mungkin karya-karya saya masih lagi berada di dalam kotak-kotak berhabuk.
Terima kasih kepada anda semua...
Wednesday, August 17, 2011
Novel K-4 Siri Pertama Sudah Terbit
Salam kawan-kawan!
Saya minta maaf kerana sudah terlalu lama tidak menulis dalam blog ini. Ini adalah kerana saya agak sibuk dengan kerja-kerja penerbitan novel K-4 yang menghadapi banyak liku-liku. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menerbitkan sendiri Novel K-4 Siri Pertama dengan tajuk K-4 : Kapsul Ungu.
Novel ini adalah adaptasi daripada blog entri yang bertajuk Kemaruk yang boleh dibaca di sini. Novel ini menceritakan bagaimana kumpulan K-4 dan ahli-ahlinya ; Bard, Benji, Rajan dan Julia mula bertemu, iaitu melalui tugasan Kapsul Ungu.
Saya juga sedang berusaha untuk menterjemah novel ini ke dalam Bahasa Inggeris agar dapat dikongsi bersama dengan pembaca-pembaca yang tidak fasih berbahasa Melayu.
Buat masa ini, novel ini hanya boleh dibeli dari saya sahaja bermula September (selepas Hari Raya Aidil Fitri). Setiap pembelian terus dari saya, saya akan menandatangani novel ini dengan ucapan yang anda mahukan. Maklumat pembelian boleh di dapati di laman “BELI NOVEL BERSIRI K-4” di menu utama http://elzarahariri.blogspot.com/p/beli-novel-bersiri-k-4.html
Insya-Allah, selepas ini saya akan menulis dengan lebih aktif lagi!
Thursday, March 31, 2011
Pertandingan Menulis Cerpen Cinta
Satu pertandingan menulis cerpen bertemakan cinta sedang diadakan sepanjang bulan April 2011, dianjurkan oleh Komuniti E Novel (KEN). Syarat-syarat pertandingan dan hadiah boleh didapati di Facebook Komuniti E Novel : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_156266277748013&ap=1 . Banner dan logo hebahan pertandingan ini boleh dimuat turun di laman : http://tulisnovel.blogspot.com/ secara percuma. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)